Monday, August 29, 2011

Selamat hari raye

Salam semua..

arini ari org panggil mantai..sb esok raye..Yeay!!!

SELAMAT HARI RAYA!!!


arini aku kne kje.

datang ofis td,jalan sgt la lengang..

laju je sampai opis..

kt opis pun xrmi org...

arini bos bg half day..sonok2..leh blk awal..

tp sbnrnye xde la sonok sgt pun..

tibe2 mood raye spoil la plak..

skirting kete aku plak pecah..kne tukar baru

wargghhh.....mane mau cri duit ni???

sengkek r cmni..

tpakse menceriakan hati sendiri

SENYUM.....




anywhere, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..halalkan semua salah dan silap saya jika ade..(mesti la ade kn..bkn perfect pun)



Coretan Oleh :

Wednesday, August 17, 2011

"Abang,tunggu mak di syurga ya"

Salam n slmt pagi semua..arini dh 17 hari kte pose.tahniah2..hihi..lg tahniah utk diri sendiri yg masih gagah n bersemangat (smpi skrg ni je la smgt lg.pasni xtau..hihihi) walaupun dah 2 ari training kawad kaki di awal2 pg..pagi ni plak bjaya kne denda ketuk ketampi 3 kali sb lambt..cess.xsengaje la.tp denda tetap denda gk.tpakse la..xpe2..think +ve...leh kurus!...hahaha..

ehhh..sbnrnye nak share 1 email yg baru dapat pg ni.sgt sedih n besar btol pengorbanan ibu ni.kalu kte kt tmpat die..mampu ke nk harung sume tu??so,ambil la ape2 yg baik dr cite ni ye..sama2 muhasabah diri...


Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mandikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011-  Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.



26 Februari 2011-  Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011-  Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam  abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011-  Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011-  Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011-  Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.


8 April 2011-  Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia


Abang pada tahun 2007.


9 April 2011-  Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat  abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapannya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat  tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).


p/s : Al-fatihah pd arwah adik Iqbal n takziah pd keluarga arwah dan semoga kuat mengharungi dugaan..

Coretan Oleh :

Saturday, August 13, 2011

Produk Diri

Salam..arini dah msuk 13 hari pose..yeay!dah xlame lg je nk raye.cpt la dpt bonus..byk bende nk kne settle utk raye ni.hehehe...

ermmm..arini fokus entry nk jwp tag kak ija..sibuk suh saya jwp.siap kne perli ngn cynthia lg..so,semangat nk jwp ni.let's check it out...hihihihi....

MUKA

mase zaman skolah muka sy comel.hihihi.(perasan sendiri.. :P )..pas masuk U,muka sy trus jd sgt truk..i hate it!ape pasal xtau..hormon dh berubah org kate.tp alhamdulillah skrg kembali pulih.xde la 100% kn.so,skrg sy agak berhati2 kalu nak pki pape produk.effect die sgt lame ooo..skrg ni maintain pencuci muka Golden Herbs sendayu tinggi..pastu pakai toner safi...pelembab n krim siang sebelum ni pki safi gak.pastu terpengaruh ngn cuzen sy,terpakai plak krim 8 in 1 Kayla Beverly..mahal gak krim ni.tp bile pki mmg berbaloi.rase ok dah muka sy wlupun xde la secantik Fasha Sandha..hihihihi...

PEPIUM

dulu sy pki pepium Body Shop.mmg setia ngn pepium tu.tp lately sy sangat suka tukar2 pepium.pki jap je pepium tu dh bosan.asik nk beli pepium baru je.yg lame bg kt adik2 sy je.ok la tu kn..yg latest ni sy pki pepium murah je..pepium playboy..leh beli kt watson ye.skrg ni bau cm wangi.xlame lg msti sy tukar pepium lg..nape ye?jap je dh bosan.so sy xnk la beli pepium yg besar2.rugi..huhu

MAKE UP

aiyooo...make up?sy pki lipstik je.sy ade lipstik maybelline n ZA.2 je pun.tu pun kalu rajin sy pki la.g opis pun kdg2 mls nk pki lipstik tu..so,make up lain2 lg la sy malas nk pki..yg sy ade hanye lipstik n eye liner SAHAJA!eye liner pki mase tsgt2 rajin or bjalan2 je.stakat g opis xde makne sy nk pakai.masih belum smpai seru lg..blusher or eye shadow sume xde.adik sy ade la.wlupun sy xpki make up,tp sy rase msih comel lg.xde la smpi org tkt nk tgk muke sy kalu xpki make up...hahaha

SHOWER GEL

disebabkan sy duduk ngn family..shower gel sume kongsi la..famly sy pki antabax..yg tu je yg rasenye sesuai utk sume.sb ade yg alergi la bagai.so,pki la yg sume org leh pki.tp sy suke bau die.best!

RAMBUT

zaman dulu2 sy pki rejoice.tp sejak dua menjak ni,rambut sy ni sensitip sket.kalu xkene shampoo die mula la ade kelemumur ngn rambut sy gugur..wahhhh...sadis btol tgk rmbut asik gugur je.dh nipis rambut sy.so,sy try pki shampoo mak sy....safi..fuhhh...lega...sesuai akhirnye..rambut dh xgugur n xde kelemumur!hihihi

UBAT GIGI

ermmm..ubat gigi pun nk citer ke kak ija???..baikla...famly sy guna ubat gigi safi kayu sugi..ye.nampaknye sy sgt suke ngn produk safi!murah n berbaloi2.. :P

UBAT KETIAK

aiyakk...ubat ketiak sy pki rexona kaler pink tu.ape ntah name pnuh die.x ingat.sy pki yg spray pnye.tp kadang2 pki yg roll on gak.mane2 bleh.tp td tibe2 sy terbeli nivea plak.nape ye?sb ade sale td.rexona xde sale..sblm ni sy pnh pki nivea gk.ok la tu.mane2 la.asal pki kn.jgn xpki sudah!

PRODUK2 LAIN

ape lg yg sy pki ye?ermm..sy pki contact lens.sb sy ni ade la rabun sket.tp sket je ye.kalu xpki msih nmpk lg.blur sket je..mula2 sy pki kaler brown.sb mase tu xreti pki.amik kaler tu sb senang nk cari lens tu bile nk keluarkn nnt.pastu dh pndai pki, sy pki yg xde kaler plak.yg biase pnye.dah bape thn dh,skrg ni cam gedik sket nk pki yg kaler balik.so,sy pki yg brown gak.sb mate sy pun kaler brown juga.cume amik yg light lg.bg nampak..hihihihi..

bile dh wat list cmni, rase2nye,sy ni jenis mentenan rendah gak.brg2 yg sy guna xde la yg mahal2.yg murah pun sy pki.asal selesa kn.mahal2 ni xtentu lg selesa.pastu rasenye ni je la produk yg sy pki.yg len2 xde dah.losyen la bagai tu sume xpki.ade la pnh terbeli dulu.tp xpki pun.malas..

p/s : huh..rasenye tu je la yg nk dikongsi n nk jwp tag kak ija..YEAY!..selesai sudah..pasni nak tag ape lg ye? cyn n k.ija cpt tag lg.smgt nk jwp ni..hihihi

Coretan Oleh :

Wednesday, August 10, 2011

New~mood~

Salam semua..

start from arini..rase macam nk jadi seorang yang berhemah tinggi.nk cakap dengan sopan n berbudi bahasa dalam blog ni..hik..hik...rase2 bleh ke?xbleh?  BOLEH!

dibulan mulia ini..rase agak malas sket nak buat keje.buat keje ikut kemampuan je.xde dah excited nak siapkan sume kje.sblm ni xde la excited sgt.tp ok la kn.hehe

selama beberapa hari pose ni,ape yang boleh dilihat kebanyakan orang mase rehat akan duk rehat or tido je kt ofis.tp saya and kak azimah (my opismate) memang setiap hari akan cari pot untuk berjalan2.sume tempat kami ronda.saje nk servey2 barang nk raye..time xpose xde la semangat bjalan camni.time rehat je trus bersemangat.

hasilnya..jumpa la ARIANI..skrg tgh sale ok.sape2 yang sgt suka dgn tudung ARIANI boleh la serbu butik die skrg!saya dah borong itu tudung.tp bukan untuk diri sendiri..sume bagi kat my mum n makcik2..saje nak bagi hadiah raye..hihi.. (sape nk bg hadiah raye kt saya plk?cm kne bli sndiri jer)

p/s : mood bjalan mmg sgt tinggi menggunung.itu mksudnye mood soping pun sgt tinggi..aiyakkk!

Coretan Oleh :

Thursday, August 4, 2011

T_T

Gud Morning!!

hari ni ari khamis

kne pki bju batik

btik btol mls nk iron,pki bju ala2 btik sudah.hihihi

ermm..mula2 semangat di pg2 hari

tibe2 tgh drive PA call..bos mgamuk sket kot

so,aku cross check ngn staff aku.. xde yg slh pun..

myb die tsalah bace report kot.agaknye la...

yg psti aku tselamat la pg ni dr kne mrh

sb aku xsmpi opis lg..hihi..(nasib la aku masuk WP3.huh..)

ok?.. aku still rase xsdp hti sbnrnye..

so,aku msg la bos bg update tkini.mmg btol2 tkini r

skali bos xreply..confirm bos mmg mrh kt aku!hahaha

maybe ade yg slh kot tp xpasan..pose la bos..xde tenaga sgt.haha

papepun..tgu je la nnt msti aku kne bambu pnye..wait n see..

xpe..adat la bkerja..

kne mrh tu bnde kecik je...

take it +ve utk improve lg...SMILE! hihihi


p/s : lupa nk wish pd semua..SLMT BPOSE!jgn ponteng2 k..bln ni kne menceriakn diri gk wlupun pose..aja2 fighting!


Coretan Oleh :